Seluruh kejadian alam mengkisahkan kebesaranNya. Hakikat kepada kalimah iman adalah menafikan segala kebesaran-kebesaran makhluk dan mengisbatkan hanya Allah swt yang berkuasa di atas segala-galanya. Dan sesungguhnya hanya dengan cara kehidupan baginda Nabi Muhammad saw membawa kejayaan di dunia dan di akhirat. Laailaaha'illah Muhammmadurrasulullah.
Sunday, September 19, 2010
Ayah Tersayang ...Coretan Anakmu
Ayah…
Ku coretkan warkah kasih ini untuk mu…
Masih terasa dirimu masih bersama emak dan farid di kampong…
Dulu…semasa ku menelefon emak, sering ku tanya ‘ayah macamana?’
Tanpa ku sedar ketika ini….ketika ku menelefon emak......
Seakan-akan masih ingin bertanya 'ayah macamana?'... sedangkan engkau telah tiada.
Ayah.....
Seluruh jiwaku luruh mengenangkan peristiwa dimana .....
Nasihatmu ketika engkau menghantarku di stesen bas...
Untuk pergi belajar di universiti...keluar dari mulutmu yng manis...
"Belajar rajin-rajin" dan ku rasa perkataan itu juga amanatmu kepada abg2 dan adik2.
Sedangkan dpt ku lihat kesedihan di wajahmu akan perpisahan itu
Ayah....
Seluruh jiwaku luruh mengenangkan peristiwa dimana .....
Engkau menyekolahkan anak-anak dgn penuh kejerihperitan hidup......
Ketika ku bersama Anjang di Hospital KPJ, Johor.....
Tubuhmu di X-Ray .....
Tanpa ku sangka tulang belulangmu telah bengkok ....
Dan Anjang terkejut dan sedih......
Jenis pengorbanan apakah yang telah dibuat olehmu.....Oh Ayah.
Tanpa rasa bersalah kami tidak membalasnya dengan kasih sayang.
Dan engkau menyembunyikan segala kesakitanmu...
Di dalam jasadmu yang lemah.
Ayah......
Seluruh jiwaku luruh mengenangkan peristiwa dimana......
Engkau mendidik anak dengan kasih sayang ......
Marah mu adalah penawar bagi kami .....
Kami berjenaka bersama abg-abg krn perkataan sinonimmu...
"Jgn buang mashe" ..... dan engkau hanya sinis tapi tegas
Hari-hari menyuruh kami bangun sembahyang Subuh
Hari-hari menyuruh kami menjaga masa .... dan bekerja
Dan di akhir hayatmu..... jam baru merupakan hadiahmu
Untuk isterimu tercinta..... seolah-olah ingin berbicara
"Nong..... ajarlah anak agar mereka menjaga solah dan jaga masa"
Ayah .....
Seluruh jiwaku luruh mengenangkan peristiwa dimana.....
Setelah engkau bersara dari tentera.....
Dengan bersarakan wang pencen RM250-500 sebulan...
Ingin menyekolahkan 8 org anak yng sedang membesar...
Dan memerlukan wang persekolahan
Tapi....
Dengan jasadmu yang lemah....
Hari-hari menoreh getah di setiap pagi & aku masih kecil
Emak menyuruh ku membawa sarapan dan aku takut krn...
Kat situ ada kubur Cina tapi dengan tabah ku redah pagi selepas subuh...
Kerana ku tahu engkau lapar & masih belum bersarapan.
Pendapatan menoreh mgkin tidak mencukupi....
Dengan jasadmu yg lemah....
Engkau menjadi pemandu lori dan memikul bertan-tan simen
Dan apakah yg berada di hatimu Wahai Ayah......
Macamana Abg Ngah, Abg Long, Andak, Anjang dll nak berjaya...
Kalau aku tak berusaha....
Tapi ku sedar engkau mendedah diri dg bahaya....
Dirimu pernah ditikam dan dicuri.....
Dirimu pernah berlanggar dengan bas krn membawa raga durian....
Dirimu pernah dijatuhi kelapa ketika mengait....
Dirimu pernah digigit tebuan .......
Dan segala kesusahan apakah yang tidak pernah engkau tanggung ...
Hanya untuk melihat anakmu berjaya.
Ayah.......
Ku dapat rasakan keperitan jiwamu menjaga & mendidik anak....
Dari Abg long hingga ke Farid......
Dan engkau tidak pernah meluahkan keperitan itu....
Dan kebanggaannmu memuncak dgn kejayaan...
N menjadi Hafiz & Alim dan ianya.....
Tidak boleh dibandingkan dengan kejayaan anak mereka yg lain
Yg hanya mementingkan duniawai semata-mata.
Sdgkan engkau mendidik kami untuk kejayaan duniawai & ukrawi.
Ayah.....
Ketika hayatmu di penghujung....
Kukucup dahimu dan menangis......
Segala pengorbanan selama ini engkau tanggung secara bersendirian....
Aku tidak akan membiarkan engkau bersendirian di akhir hayatmu...
Aku sebenarnya telah dpt merasakn ketiadaan mu di tahun ini.....
Itu sebab segala cuti kerjaku ku simpan hanya untuk menatap wajahmu
Walaupun Gee dlm keadaan sakit dan anakku demam...
Tidak ku ambil cuti.
Krn aku telah dpt melihat kesakitan yg telah engkau pendam selama ini
Tamat dengan iringan malaikat pengambil nyawa dan malaikat rahmat.
Dan doa dan kasih sayang anak-anakmu.
Ayah.....
Ingin kucoretkan lagi lembaran-lembaran kisah hidupmu....
Tapi takkan habis dengan noktah penutup
Rasanya ku tutupi perenggan ini untuk mu....
Krn baru mlm tadi rasanya berlalu Lailatulkadar.....mlm 25 Ramadan.
Pagi ini matahari naik tanpa pancaran dan kurasa tenang .....
Setiap anakmu mendokanmu...
Setiap anakmu menyayangimu...
Setiap anakmu menjiwai pengorbananmu...
Dan jangan kau runsing di pusaramu krn...
Penat lelah mu telah dikecapi bersama ....
Anak-anakmu yang soleh yang akan sering berdoa kesejerahteraan ke atasMu.
Dipusaramu yang sepi.
Oh Allah... tiada kata-kata yang boleh diluahkan utk anak ini krn...
Pengorbanan ayah ku dan hambaMu ini yang sering menggunakan hayatnya ...
untuk memuji dan membesarkan diriMu yang Agung.
Kasihani dan sayangilah beliau seperti belaiannya ke atas kami...
Semasa kami kecil....
Dokongilah dan peliharalah ke atas jasad beliau..
Yang lemah dan telah tidak bermaya ini......
kerana ingin mendidik dan membesarkan kami ......
untuk kami sering memuji dan membesarkan nama Mu yang Mulia.
Wassalam.
Coretan anakmu yang berdosa dan dhaif..utk ayah tercinta yang telah kembali kepada Yang Maha Esa dan Maha Penyayang pada 22 Ogos 2007
Noor Hisham Hamid
25 Ramadhan 1428 (7 Oktober 2007)
PPP Tun Razak
Pahang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment